Amat mengejutkan apabila UPSIdaily mendapat berita yang agak pelik dari salah seorang sahabat JMK Kolej apabila beliau mengatakan bangunan lama Kolej Ungku Omar di Ulu Bernam dijadikan markas penempatan PR Kecik atau Pro Mahasiswa(Pro M). Untuk pengetahuan para pembaca, di UPSI Pro Mahasiswa yang aktif dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)dan Mahasiswa Pendidik(MP).
Seolah-olah mendapat lesen besar dari pihak Universiti apabila mereka boleh membawa masuk dan keluar rakan-rakan Pro M dari Universiti lain. UPSIdaily kini sedang menyiasat adakah LMP dan MP ini dipayungi oleh satu kuasa besar dalam pentadbiran UPSI, jika benar mereka ini dipayungi, siapakah orangnya?
UPSI sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Adam Adli pelopor LMP melakukan tindakan biadap, menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC dan demontrasi di pintu pagar UPSI.
Selain itu Adam Adli juga menjadi dalang demonstrasi di hadapan UPSI yang menyebabkan pintu sebuah klinik di hadapan UPSI pecah.
Dua peristiwa yang memalukan pihak UPSI ini jelas menunjukkan bahawa tindakkan dari pihak LMP dan MP tidak boleh dijadikan contoh kerana boleh menghilangkan kepercayaan luar terhadap kredibilit UPSI melahirkan bakal guru serta menjejaskan kebolehpasaran graduan UPSI. Mahasiswa/i UPSI yang terkena tempias daripada dua peristiwa itu sudah sebulat suara menolak gerakkan LMP di Kampus.
Esok UPSIdaily akan mendedahkan KETUA GERAKKAN Pro M di UPSI menjelang Pilihan Raya Kampus akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan