Halaman

Khamis, 27 September 2012

AZIM DITIKAM ; TNC HEPA BERI PESANAN

Tanjong Malim, 27 September - Mantan YDP Kolej Amiuddin Baki, Saudara Azim yang mengalami kecederaan akibat ditikam selepas dirompak dalam perjalanan pulang ke kolej malam malam tadi menerima kunjungan daripada Y. Bhg. Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar bersama pegawai dari HEPA. 

Beliau yang membawa sumbangan dari pihak HEP turut berpesan dalam laman web sosial Facebook agar semua siswa/i UPSI lebih berhati-hati apabila berada diluar kawasan rumah dan bertemu dengan orang yang tidak dikenali.  

Kejadian jenayah yang menjadikan siswa/i UPSI sebagai mangsa ini bukan perkara baru, tahun-tahun sebelum ini pernah berlaku kejadian ragut di kawasan luar pagar GYM, dan kawasan lampu isyarat pintu timur. selain itu kejadian jenayah pecah rumah melibatkan pelajar UPSI sebagai mangsa juga sering berlaku.

Kejadian ini berlaku apabila siswa/i UPSI memberikan ruang dan peluang yang berpunca dari kecuaian diri sendiri. Bagi mengecilkan risiko jenayah, UPSIdaily menyarankan  agar semua siswa/i UPSI lebih berhati-hati  serta peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.-UPSIDaily

3 ulasan:

Mr.R berkata...

berpunca dr kecuaian diri sendiri??ye ke?? knapa pulak bila mpp perjuangkan minta pinta arah gym dbuka..tak buka2..merisikokan pelajar yang berjalan kaki..jadi adakah itu sebab kecuaian pelajar sendiri juga??? tepuk dahi tanyalah minda..maka dptla jawapannya..

Yuseri Yusoff berkata...

jenayah berlaku di mana-mana la bodoh!

UPSIdaily berkata...

xsilap UPSIDaily pintu gym ditutup selepas mendapat arahan pihak polis bahawa kawasan tersebut adalah kawasan kekerapan tinggi berlakunya kemalangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...