Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

"Jangan Pertikai RSK Jadi Kuli" Zafri Pengarah MSK

UPSIdaily malam tadi menerima satu email daripada Zafri, Pengarah Minggu Suai Kenal yang ingin menjawab isu berkaitan isu pertikaian Azlan Farhan tentang pembayaran baju korporat dan elaun. Azlan menyatakan "dengarnya RSK kali ni, Sekretariat  dapat baju tapi kena bayar.....hurmmm RSK ni xsama mcm MSK kan...SekretariatMSK dapat baju korporat, elaun dl......... " ujarnya.


UPSIdaily yang menerima email daripada saudara Zafri menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakan RSK kali ini tidak kisah jika dianggap sebagai kuli kerana beliau sudah menganggap sahabat-sahabat RSK ini sebagai sebahagian daripada keluarganya, jatuh bangun MSK kali ini adalah bergantung kepada RSK. Beliau juga menjelaskan istilah MSK adalah Minggu Suai Kenal dan RSK adalah Rakan Suai Kenal ataupun sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat, hanya nama yang berubah tetapi objektifnya tetap sama. "jangan pertikai RSK jadi kuli " ujarnya

Dalam isu pembelian baju korporat dan elaun beliau tidak memaksa semua RSK untuk membayar atau membeli baju tersebut serta RSK tidak mengharapkan elaun kerana apa yang ingin ditekankan adalah sikap kesukarelaan dari dalam diri RSK membantu tanpa mengharapkan upah.  

Jika kita kembali ke era pimpinan MPP yang terdahulu sememangnya sekretariat MSK ini tiada peruntukkan untuk mendapat baju Korporat secara percuma kerana peruntukkan digunakan sebaik mungkin untuk adik-adik yang baru masuk bukan untuk membelikan pakaian baru kepada sukarelawan.

Sekretariat MSK sebelum ini yang mempunyai sifat kesukarelaan yang tinggi langsung tidak pernah mempersoalkan tentang elaun dan baju korporat. Sifat kesukarelaan ini amat penting diterapkan agar dapat berbakti dengan lebih ikhlas setelah bergelar guru.

UPSIdaily ingin mengucapkan syabas kepada Pengarah MSK dan semua RSK yang terlibat kerana meneruskan legasi kesukarelaan dalam membantu pihak Universiti menguruskan kemasukan pelajar-pelajar baru. Sikap kesukarelaan inilah yang akan membantu anda menjadi seorang yang lebih IKHLAS dan EHSAN dan jangan runsing kerana ALLAH akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan.

Buat Azlan Farhan : kenapa tak join MSK, sebab tak dapat baju free ke ? hehehehhehe
Buat Sahabat RSK : biarlah jadi kuli, pahala bukan Azlan Farhan yang bagi..hehehhe


_All da best RSK 2012_



Rabu, 29 Ogos 2012

Lagu Nadi Rakyat Ganti Janji Ditepati

Isu penerbitan lagu dan logo kemerdekaan tahun ke 55 menjadi hangat apabila Kementerian Penerangan mengeluarkan Logo dan Lagu yang berbaur politik dan kurang menerapkan semangat Patriotik dalam kalangan rakyat.

Lagu dan Logo yg dikeluarkan sebelum ini dicadangkan untuk diubah(klik sini) agar lebih bersifat Patriotik dan tidak menunjukkan kepentingan politik.

Sebagai mahasiswa, UPSIdaily juga berasa kecewa apabila sesetengah pihak menggunakan hari merdeka sebagai alat untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Merdeka adalah untuk dihayati bukan untuk dieksploitasi.

Lagu Nadi Rakyat di bawah lebih sesuai dengan #Merdeka55 tahun


Kad Diskaun Berkuatkuasa 1 September 2012

Pelaksanaan kad diskaun siswa yang diluluskan oleh Kementierian Perdagangan Dalam Negeri menjadi bukti bahawa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan MPPK masih lagi mempunyai suara yang kuat dalam menyuarakan isu-isu semasa dan hal-hal kebajikan siswa/i di kampus. 

UPSIdaily semalam sempat menghubungi Jurucakap MPPK Wan Ahmad Hazman(Presiden MPPUTM) bertanyakan pandangan dan beliau menyatakan harapan semoga kad diskaun siswa ini akan memberi manfaat kepada semua siswa/i di Malaysia. 

Menteri Perdangan Dalam Negeri semalam dimengumumkan kad diskaun  siswa akan berkuatkuasa bermula 1 September 2012. UPSIdaily semalam juga sempat menghubungi salah seorang siswa dari Kursus Pendidikan Bahasa Melayu UPSI dan beliau menyatakan




"saya berasa sangat gembira pihak kerajaan dapat meringankan beban kami dengan menyediakan kad diskaun siswa 1 Malaysia" ujarnya, "terima kasihlah kepada yang memperjuangkan kad diskaun ni" ujarnya lagi.

UPSIdaily memandang kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini bukanlah sebagai alat untuk mahasiswa/i boros berbelanja tetapi sebaliknya mahasiswa/i harus bijak dalam menggunakan kad diskaun ini untuk tujuan pembelajaran dan tidak disalahgunakan. 

*untunglah kita dapat kad diskaun hehehe..terima kasih pejuang-pejuang MPPK*

Apa yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa??? Sehingga kini hanya retorik janji tinggal janji,kebebasan akademik hanya laungan politik, kebajikan terabai.



UPDATE MSK :"Jangan Marah Saya"..Saya Baru Tahu dan Baru Belajar

"Jangan Marah Saya...Saya Baru Tahu dan Saya Baru Belajar", begitulah luahan hati Pengarah Program Minggu Suai Kenal UPSI yang baru sahaja memulakan langkah persiapan dalam menerima mahasiswa baru 2 September ini di laman sosial facebook.

Muhamad Zafri Zabidin merupakan mahasiswa dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi ini pertama kali menjadi Pengarah Minggu Suai Kenal, beliau yang belum pernah menjadi Pengarah MSK sebelum ini mengharapkan agar semua RSK yang terlibat memberikan kerjasama yang baik kepadanya. Persiapan MSK yang masuk hari kedua hari ini masuk kepada fasa pecahan 13 bahagian sekretariat seperti bahagian Makanan, Pendaftaran, Protokol dan lain-lain lagi. Gerak kerja MSK yang dilaksanakan ini berpusat di Kolej Ungku Omar sehinggan 1 September ini .

Esok RSK yang terlibat akan mendengar taklimat daripada Pusat Kesihatan UPSI dan taklimat bersama Fakulti. 

*Moga RSK terus bersemangat menabur bakti.


Selasa, 28 Ogos 2012

Notis Penting!!! Untuk Pelajar Diploma UPSI


Hanya 25 % Bersetuju PTPTN Dimansuhkan

UPSIdaily ingin mengulas sedikit berkaitan isu pemansuhan PTPTN yang menjadi isu panas negara sebelum ini. Daripada undian yang telah dilakukan di Blog UPSIdaily ini kita dapat lihat hanya 25% sahaja yang bersetuju PTPTN dimansuhkan, manakala yang tidak bersetuju PTPTN dimansuhkan ialah sebanyak 29% dan selebihnya 44% memilih PTPTN perlu ditambah baik

Penambahbaikan sistem pembayaran PTPTN ini telah lama dilaksanakan oleh pihak PTPTN melalui media elektronik dan media sosial, namun begitu jumlah kutipan bayaran balik PTPTN masih lagi kurang memuaskan pihak PTPTN. 

UPSIdaily berpandangan apa yang dimaksudkan dengan TAMBAH BAIK ini ialah dengan menghapuskan caj 1% terhadap pembayaran semula PTPTN dan pasti ramai peminjam akan membayar semua pinjaman tersebut.

Debat PTPTN anjuran Sinar Harian sebelum ini, Rafizi Ramli ketua strategik PKR yang mencadangkan agar PTPTN ini dimansuhkan ternyata tidak mendapat sokongan daripada Rakyat Malaysia. Sebaliknya cadangan menambah baik sistem pembayaran dengan menghapuskan caj 1% yang dicadangkan oleh YB Khairi Jamaludin itu lebih mendapat sokongan rakyat. 

Usah lupa diri, mari kita fikirkan tentang masa depan pembiayaan pendidikan adik-adik dan anak kita Pilihlah untuk membayar PTPTN.

UPDATE MSK : 160 RSK bakal berperang

Kita lupakan sebentar tentang khabar angin yang melanda UPSI. Kini Rakan Suai Kenal atau RSK seramai 160 orang telah pun siap mendaftar sebagai sukarelawan dalam membantu melancarkan perjalanan minggu suai kenal kali ini. Sesi pendaftaran siswa/i yang bermula pada 2 September 2012  ini akan menerima lebih kurang 2500 orang mahasiswa/i baharu.

Peperangan dalaman oleh setiap individu RSK akan bermula pada hari esok. Malam ini mereka telah pun mendengar taklimat dan melakukan sedikit perbincangan bersama pegawai-pegawai HEP.

UPSIdaily sempat menghubungi salah seorang peserta RSK dan beliau menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama menjadi RSK, beliau berasa sedikit gementar untuk berdepan dengan ibu-bapa dan mahasiswa/i baru.

Apa-apa pun UPSIdaily mengangkat tabik Spring kepada semua RSK yang terlibat kerana mengorbankan masa cuti anda untuk berkhidmat secara sukarela. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...