Halaman

Sabtu, 1 September 2012

UPDATE MSK : Selamat Datang Pelajar Sabah Sarawak

Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/i baru yang tiba di UPSI kolej Harun Aminurrashid, mereka yang tiba di KHAR pada jam 2.30 dan 3.45 pagi itu kelihatan letih tetapi mh hadir malam masih ceria dan boleh mengukir senyuman. Mereka semua akan ditempatkan di kolej Harun Aminurrashid sebagai tempat persinggahan sementara waktu sebelum didaftarkan di kolej masing-masing. 



Rakan Suai Kenal yang bertanggungjawab di lapangan terbang LCCT ialah Saudara Shahril Ghazali yang bertungkus lumus mengumpulkan pelajar Sabah dan Sarawak di sana. Hari ini dijangka akan lebh ramai lagi pelajar Sabah dan Sarawak akan tiba di UPSI. Kepada RSK cabaran MSK kini semakin hangat dan hampir bermula.

UPSIdaily diberitahu bahawa RSK sudah pun dipecahkan kepada zon masing masing bagi memudahkan pengurusan disetiap zon. Semua RSK akan berpindah ke KHAR, KUO, KZ dan KAB pada jam 4.30 petang ini. 

Esok Bermula Pendaftaran Mahasiswa/i UPSI baru dan dijangka seramai 3000 orang akan hadir 

"All the best RSK"




3,611,323 Rekod Baru tweet #Merdeka 55 @NajibRazak

Menakjubkan, itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk UPSIdaily gambarkan di perhimpunan Janji Ditepati yang bertempat di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Himpunan yang berjaya mengumpulkan 100 000 penyokong kemamanan itu membuktikan bahawa Kerajaan mempunyai sokongan penuh dalam merealisasikan janji-janjinya.

Walaupun tema Hari merdeka tahun ini agak bersifat politik UPSIdaily kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menghimpunkan rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi himpunan malam ini berjaya mencipta Malaysia Book Of Record dengan mengumpul 3,611,323 #Merdeka55 @NajibRazak.



Sokongan yang ditunjukkan ini sekaligus meyangkal dakwaan bahawa pihak kerajaan sudah mula hilang sokongan. Justeru Tahniah dan Syabas UPSIdaily ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan himpunan malam tadi. 

Jumaat, 31 Ogos 2012

Sambutan Ambang Merdeka UPSI Penuh Dengan Rasa Kesyukuran

Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat selama 55 tahun bergema sekali lagi malam ini di Kolej Harun Aminurrashid UPSI, suara gamat anak muda UPSI memecahkan kesunyian di bumi Tanjong Malim.

Kemerdekaan 55 tahun yang disulami dengan pembangunan, keamanan, perpaduan, dan nilai-nilai murni dalam masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan satu-satunya negara di dunia mengurus kepelbagaian kaum dengan begitu baik. 

Tidak ketinggalan UPSI tercinta dalam mengharungi hari-hari persiapan menerima mahasiswa baru pihak UPSI sempat mengadakan sambutan Ambang Merdeka malam tadi. Seramai 150 orang Rakan Suai Kenal termasuk Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid dan mahasiswa/i UPSI turut serta dalam acara sambutan ambang merdeka.




Sambutan yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yaasin selepas solat maghrib dan seterusnya solat isyak berjemaah bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai selama ini, tidak lupa juga memanjatkan doa kepada Allah agar kemerdekaan yang dinikmati ini terus berkekalan dengan aman dan makmur. 

Majlis sambutan ambang merdeka malam ini juga turut dihadiri oleh Bendahari, Timbalan Naib canselor HEPA serta Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof. Dr Zakaria Kasa. Dalam kesibukan RSK menghadapi minggu suai kenal sambutan ambang merdeka ini juga disulami dengan persembahan RSK dan persembahan artis UPSI.


UPSIdaily yang turut serta dalam sambutan ambang merdeka ini sempat mendapatkan pandangan daripada Wakil Setiausaha RSK iaitu saudari Zuraini Suhaimi berkaitan persiapan MSK " Persiapan MSK Alhamdulillah sudah mencapai 70 % dan kita sedang berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan yang timbul dalam MSK sebelum ini untuk diatasi dengan baik" ujarnya. 
Bila ditanya tentang pertikaian RSK sebagai kuli beliau menjawab " biarlah apa orang nak kata asalkan mereka bahagia, apa yang kami usahakan sekarang adalah secara sukarela" ujarnya lagi. Beliau yang mewakili Setiausaha RSK juga mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua mahasiswa/i UPSI.



UPSIdaily Mengucapkan Selamat Menyambut Hari #Merdeka55 tahun
semoga keamanan yang kita perolehi kekal selamanya sama-sama kita
jauhi anasir-anasir yang menganggu-gugat keamanan negara kita
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Khamis, 30 Ogos 2012

"Jangan Pertikai RSK Jadi Kuli" Zafri Pengarah MSK

UPSIdaily malam tadi menerima satu email daripada Zafri, Pengarah Minggu Suai Kenal yang ingin menjawab isu berkaitan isu pertikaian Azlan Farhan tentang pembayaran baju korporat dan elaun. Azlan menyatakan "dengarnya RSK kali ni, Sekretariat  dapat baju tapi kena bayar.....hurmmm RSK ni xsama mcm MSK kan...SekretariatMSK dapat baju korporat, elaun dl......... " ujarnya.


UPSIdaily yang menerima email daripada saudara Zafri menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakan RSK kali ini tidak kisah jika dianggap sebagai kuli kerana beliau sudah menganggap sahabat-sahabat RSK ini sebagai sebahagian daripada keluarganya, jatuh bangun MSK kali ini adalah bergantung kepada RSK. Beliau juga menjelaskan istilah MSK adalah Minggu Suai Kenal dan RSK adalah Rakan Suai Kenal ataupun sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat, hanya nama yang berubah tetapi objektifnya tetap sama. "jangan pertikai RSK jadi kuli " ujarnya

Dalam isu pembelian baju korporat dan elaun beliau tidak memaksa semua RSK untuk membayar atau membeli baju tersebut serta RSK tidak mengharapkan elaun kerana apa yang ingin ditekankan adalah sikap kesukarelaan dari dalam diri RSK membantu tanpa mengharapkan upah.  

Jika kita kembali ke era pimpinan MPP yang terdahulu sememangnya sekretariat MSK ini tiada peruntukkan untuk mendapat baju Korporat secara percuma kerana peruntukkan digunakan sebaik mungkin untuk adik-adik yang baru masuk bukan untuk membelikan pakaian baru kepada sukarelawan.

Sekretariat MSK sebelum ini yang mempunyai sifat kesukarelaan yang tinggi langsung tidak pernah mempersoalkan tentang elaun dan baju korporat. Sifat kesukarelaan ini amat penting diterapkan agar dapat berbakti dengan lebih ikhlas setelah bergelar guru.

UPSIdaily ingin mengucapkan syabas kepada Pengarah MSK dan semua RSK yang terlibat kerana meneruskan legasi kesukarelaan dalam membantu pihak Universiti menguruskan kemasukan pelajar-pelajar baru. Sikap kesukarelaan inilah yang akan membantu anda menjadi seorang yang lebih IKHLAS dan EHSAN dan jangan runsing kerana ALLAH akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan.

Buat Azlan Farhan : kenapa tak join MSK, sebab tak dapat baju free ke ? hehehehhehe
Buat Sahabat RSK : biarlah jadi kuli, pahala bukan Azlan Farhan yang bagi..hehehhe


_All da best RSK 2012_



Rabu, 29 Ogos 2012

Lagu Nadi Rakyat Ganti Janji Ditepati

Isu penerbitan lagu dan logo kemerdekaan tahun ke 55 menjadi hangat apabila Kementerian Penerangan mengeluarkan Logo dan Lagu yang berbaur politik dan kurang menerapkan semangat Patriotik dalam kalangan rakyat.

Lagu dan Logo yg dikeluarkan sebelum ini dicadangkan untuk diubah(klik sini) agar lebih bersifat Patriotik dan tidak menunjukkan kepentingan politik.

Sebagai mahasiswa, UPSIdaily juga berasa kecewa apabila sesetengah pihak menggunakan hari merdeka sebagai alat untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Merdeka adalah untuk dihayati bukan untuk dieksploitasi.

Lagu Nadi Rakyat di bawah lebih sesuai dengan #Merdeka55 tahun


Kad Diskaun Berkuatkuasa 1 September 2012

Pelaksanaan kad diskaun siswa yang diluluskan oleh Kementierian Perdagangan Dalam Negeri menjadi bukti bahawa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan MPPK masih lagi mempunyai suara yang kuat dalam menyuarakan isu-isu semasa dan hal-hal kebajikan siswa/i di kampus. 

UPSIdaily semalam sempat menghubungi Jurucakap MPPK Wan Ahmad Hazman(Presiden MPPUTM) bertanyakan pandangan dan beliau menyatakan harapan semoga kad diskaun siswa ini akan memberi manfaat kepada semua siswa/i di Malaysia. 

Menteri Perdangan Dalam Negeri semalam dimengumumkan kad diskaun  siswa akan berkuatkuasa bermula 1 September 2012. UPSIdaily semalam juga sempat menghubungi salah seorang siswa dari Kursus Pendidikan Bahasa Melayu UPSI dan beliau menyatakan




"saya berasa sangat gembira pihak kerajaan dapat meringankan beban kami dengan menyediakan kad diskaun siswa 1 Malaysia" ujarnya, "terima kasihlah kepada yang memperjuangkan kad diskaun ni" ujarnya lagi.

UPSIdaily memandang kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini bukanlah sebagai alat untuk mahasiswa/i boros berbelanja tetapi sebaliknya mahasiswa/i harus bijak dalam menggunakan kad diskaun ini untuk tujuan pembelajaran dan tidak disalahgunakan. 

*untunglah kita dapat kad diskaun hehehe..terima kasih pejuang-pejuang MPPK*

Apa yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa??? Sehingga kini hanya retorik janji tinggal janji,kebebasan akademik hanya laungan politik, kebajikan terabai.



UPDATE MSK :"Jangan Marah Saya"..Saya Baru Tahu dan Baru Belajar

"Jangan Marah Saya...Saya Baru Tahu dan Saya Baru Belajar", begitulah luahan hati Pengarah Program Minggu Suai Kenal UPSI yang baru sahaja memulakan langkah persiapan dalam menerima mahasiswa baru 2 September ini di laman sosial facebook.

Muhamad Zafri Zabidin merupakan mahasiswa dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi ini pertama kali menjadi Pengarah Minggu Suai Kenal, beliau yang belum pernah menjadi Pengarah MSK sebelum ini mengharapkan agar semua RSK yang terlibat memberikan kerjasama yang baik kepadanya. Persiapan MSK yang masuk hari kedua hari ini masuk kepada fasa pecahan 13 bahagian sekretariat seperti bahagian Makanan, Pendaftaran, Protokol dan lain-lain lagi. Gerak kerja MSK yang dilaksanakan ini berpusat di Kolej Ungku Omar sehinggan 1 September ini .

Esok RSK yang terlibat akan mendengar taklimat daripada Pusat Kesihatan UPSI dan taklimat bersama Fakulti. 

*Moga RSK terus bersemangat menabur bakti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...