Halaman

Ahad, 21 Oktober 2012

TAHNIAH!!! @hafiz_ariffin JURUCAKAP YDP MPP KEBANGSAAN

Hafiz Ariffin mengekalkan kedudukan beliau sebagai YDP selepas menang bertanding di Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia di selatan tanah air dalam Pilihanraya kampus baru-baru ini. Ini merupakan kali kedua beliau menjadi YDP selepas mendapat mandat dan kepercayaan daripada seluruh warga UTHM. 

Hari ini dalam pertemuan pertama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) undian pemilihan Jurucakap MPPK memihak kepada Hafiz selaku Jurucakap MPPK yang baru menggantikan saudara Wan Ahmad Hazman daripada Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan rakan-rakan kepimpinan dari seluruh IPT khususnya Jemaah YDP IPTA. Selain itu beliau menyifatkan lantikan ini sebagai satu tanggungjawab yang amat besar dan beliau mengajak semua rakan-rakan YDP menggalan tanggungjawab ini bersama demi kesejahteraan seluruh mahasiswa dan negara tercinta. 

Antara lain dalam pertemuan tadi juga Hafiz  membentangkan cadangan tajuk bagi Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan akan datang iaitu " Rasionalisasi Perumahan Siswa" mengupas permasalahan yang dihadapi oleh seluruh mahasiswa berkenaan perumahan samada berkaitan kolej kediaman mahupun perumahan luar.

Seluruh wargakerja UPSIDaily mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan mengharapkan Hafiz dapat meneruskan legasi kecemerlangan mahasiswa dalam atau luar negara.-UPSIDaily

Khamis, 18 Oktober 2012

ISU BANNER KAIN : Modus Operandi Mirip Tindakan Mahasiswa Pendidik


TANJUNG MALIM, 18 Oktober - Mahasiswa Pendidik hari ini tampil membuat penafian yang mereka adalah dalang penyebaran satu banner melaga-lagakan kepimpinan dari We Love UPSI. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan melalui satu rakaman yang dimuatnaik ke laman Youtube.

Rakaman tersebut turut mengugut pihak UPSI Daily membuang artikel yang dikatakan telah memfitnah pihak Mahasiswa Pendidik. Pihak UPSI Daily ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak akan membuang artikel tersebut dan ingin mencabar pihak Mahasiswa Pendidik membuat tindakan selanjutnya.

Sebelum Mahasiswa Pendidik membuat tindakan susulan, mereka perlu membuktikan dahulu yang mereka langsung tidak terlibat dalam penyebaran banner tersebut.

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan penafian dalam satu video boleh membuktikan bahawa Mahasiswa Pendidik langsung tidak bersalah?

UPSI Daily menuduh Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab menyebarkan banner tersebut kerana modus operandi mereka berkempen pada PRK yang lalu dengan menggunakan kain putih dan spray.


Di sini kami lampirkan gambar bahawa Mahasiswa Pendidik sudah sinonim berkempen dan menyebarkan dakyah dengan menggunakan kain putih dan spray. Apa membuatkan kami menuduh pihak Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab atas penyebaran Banner tersebut ialah :
1) Mereka berkempen menggunakan Kain Putih dan Spray manakala We Love UPSI berkempen menggunakan Banner yang dicetak kilang. Pihak kami memohon mahasiswa berfikir sejenak pihak manakah yang mempunyai kaitan dengan penyebaran Banner (Kain Putih dan Spray)? 
2) Mereka musuh politik kampus kepada We Love UPSI. Banner tersebut dipaparkan untuk melaga-lagakan antara MPP We Love UPSI. Sekiranya MPP dari We Love UPSI bertelagah sesama sendiri maka pihak yang paling gembira dan bertepuk tangan ialah musuh politik We Love UPSI. 
3) Bentuk perkataan 'P' dan 'K' seperti gambar di atas mempunyai persamaan.
4) Jika mereka mahu membuat penafian, setiap orang yang menyokong Mahasiswa Pendidik perlu membuktikan alibi bahawa mereka semua tidak terlibat dan tidak berada di tempat kejadian.
Sebagai mahasiswa, wajarkah kita mempercayai kenyataan seorang hanya penafian tanpa membuktikan bahawa mereka benar-benar tidak terlibat. Perlu diingat bahawa, hanya musuh We Love UPSI sahaja suka jika perpecahan di dalam kem We Love UPSI berlaku -UPSIDaily

Rabu, 17 Oktober 2012

BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN

Seperti yang dijangkakan pasti ada suara-suara tidak senang dari pihak MP terhadap artikel UPSIDaily (KLIK SINI), ibarat baling batu sembunyi tangan. Mari kita lihat saudara Cokelat King sudah mula melatah;

Mari kita lihat semula kenyataan daripada saudara YDP

"Saya amat terkilan dengan banner yang saya mengganggap itu sebagai provokasi untuk memecahbelakan We Love UPSI dan menabur rasa benci rakan Mahasiswa Pendidik kepada saya.Saya percaya ini adalah satu tindakan musuh yang tidak senang dengan kemenangan We Love UPSI amnya dan saya khasnya.Saya berharap pihak yang terbabit janganlah terlalu angkuh menggunakan politik kotor sebagai ingin melaga-lagakan kami. Saya berharap si pelaku tersebut mendapat hidayah dan memohon keampunan segera,dan saya sedia memaafkannya. Saya sekeras-kerasnya menafikan ianya dilakukan oleh pihak We LOVE UPSI dan saya yakin ini hanyalah provokasi yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan kesepakatan daripada We LOVE UPSI " 


Jika kita baca betul-betul rasanya tiada satu pun ayat beliau yang menuduh MP. Malah beliau memohon agar pelaku mendapat hidayah.  Provokasi ini sudah disusun dengan baik agar mendatangkan rasa simpati semula kepada pihak MP dan menjadikan saudara Fadlillah sebagai PENCETUS provokasi akhirnya mendatangkan persepsi buruk kepada sahabat-sahabat We Love UPSI. Permainan politik seperti ini sudah biasa kita lihat di dalam kancah politik semasa. Semoga Allah membuka hati mereka yang membuat perkara keji ini.-UPSIDaily

Selasa, 16 Oktober 2012

PANAS!!!! #PRO MAHASISWA CARI GADUH

Tanjong Malim, 16 Oktober - Universiti Pendidikkan Sultan Idris digemparkan dengan banner provokasi dari pihak Mahasiswa Pendidik kepada pihak We love UPSI. Banner tersebut digantung di pintu timur UPSI bertujuan melaga-lagakan pihak We Love UPSI selepas terbentuknya kabinet MPPUPSI. Pegawai keselamatan UPSI yang kebetulan lalu di pintu timur semasa membuat pemantauan bertindak  menanggalkan banner tersebut. 

Tindakan Tidak Bertanggungjawab Mahasiswa Pendidik(Pro Mahasiswa) Merosakkan Imej Institusi ini


Mohd Fadlillah Mukhtahar selaku Yang DiPertua selepas dilantik hari ini menghantar email kepada UPSIDaily menyatakan rasa terkilan apabila ada pihak yang melakukan provokasi jahat ini. 
Dalam email beliau menyatakan;
"Saya amat terkilan dengan banner yang saya mengganggap itu sebagai provokasi untuk memecahbelakan We Love UPSI dan menabur rasa benci rakan Mahasiswa Pendidik kepada saya.Saya percaya ini adalah satu tindakan musuh yang tidak senang dengan kemenangan We Love UPSI amnya dan saya khasnya.Saya berharap pihak yang terbabit janganlah terlalu angkuh menggunakan politik kotor sebagai ingin melaga-lagakan kami. Saya berharap si pelaku tersebut mendapat hidayah dan memohon keampunan segara,dan saya sedia memaafkannya. Saya sekeras-kerasnya menafikan ianya dilakukan oleh pihak We LOVE UPSI dan saya yakin ini hanyalah provokasi yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan kesepakatan daripada We LOVE UPSI " Ujar Fadlillah.

Petang tadi Fadlillah mengambil tindakan pantas dengan melaporkan perkara ini kepada pihak Polis dan siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan. MPP UPSI sebelum ini yang menghadapi kemelut pemilihan jawatan dalam MPP telah pun mendapat kata sepakat dalam pembentukan kabinet, kini tiba masanya untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.-UPSIDaily



Isnin, 15 Oktober 2012

MASALAH BAS #UPSI SUDAH 10 TAHUN BERULANG

"Alahai UPSI sudah berpuluh tahun UPSI bertapak di Tanjong Malim tetapi masalah bas masih berulang". Begitulah ungkapan yang dihantar saudara Najib salah seorang senior kepada wartawan UPSIDaily berkaitan isu bas yang tiada penghujung sehingga kini. Najib merupakan seorang super senior dan telah bergraduat pada tahun 2007 lagi menyatakan dari sejak beliau menyambung pengajian di UPSI masalah bas adalah masalah yang paling utama sehinggalah beliau menamatkan pengajian.


Najib juga menyatakan "Alasan yang diberikan oleh pihak Universiti adalah kos pengangkutan yang dipungut daripada pihak mahasiswa adalah terlalu rendah sehingga tidak dapat menanggung kos pengangkutan, tetapi sampai sekarang isunya masih sama" ujar beliau. 

UPSIDaily menyangka isu bas ini hanya berlaku pada semester kali ini. tetapi jika dikira secara congak  saudara Najib menyatakan masalah bas ini sejak dari zaman beliau semester 1 di UPSI dan sekarang kita sudah sampai ke tahun 2012, sudah hampir 10 tahun masalah ini berlaku. 

Kalau di lihat secara rasional, masalah bas berulang dalam tempoh 10 tahun tetapi tidak dapat diselesaikan,  sebenarnya yang bermasalah bas atau siapa? Apakah pihak Universiti tidak mengambil jalan penyelesaian yang lebih serius dalam menangani isu ini.  MPP silih berganti dan sepatutnya sudah ada penambahbaikkan atas perjuangan MPP yang terdahulu, tetapi hasilnya tetap sama. 

Masalah bas yang setiap semester berulang ini seperti mengayuh basikal tiap-tiap hari dan terjatuh tiap-tiap hari juga, sungguh tidak logik pengayuh basikal sentiasa terjatuh pada setiap hari setelah berhari-hari dia mengayuh basikal. tidak mungkin tiada sebarang peningkatan terhadap kayuhannya itu. UPSIDaily menyarankan agar pihak Universiti menyelesaikan masalah ini bukan untuk satu semester sahaja tetapi untuk 10 tahun akan datang.-UPSIDaily


Jumaat, 12 Oktober 2012

Pelajar Tahun Akhir IPT Miliki Perodua Serendah RM299 Sebulan

Salam Perpaduan, Salam Kecemerlangan kepada semua...

        

Program What’s Up oleh PERODUA
1 .    Terbuka untuk pelajar tahun akhir (IPTA & IPTS)    
2 .    Model Viva & MyVi
3 .    Serendah RM299 sebulan
4 .    Tempoh: 10 Oktober 2012 -31 Mac 2013
5 .    Tiada bayaran pendahuluan
6 .    Kad pelajar + seorang penjamin
7 .    Perlindungan insurans RM20K secara percuma
8 .    Diskaun 50% untuk servis asas di pusat servis PERODUA

   Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.


Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. 

    


Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA. 
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.


Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerimaperlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di sampingdiskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.

Sumber : Berita Harian


Mahasiswa sekarang semakin beruntung kerana telah menikmati pelbagai kelebihan dan kemudahan. Gunakan segala manfaat yang dimiliki dengan sebaiknya kerana masih ramai yang belum bertuah seperti anda.  Walau bagaimanapun, PILIHAN DI TANGAN ANDA. - UPSIdaily 

SIRI 4 : Hentikan Spekulasi Terhadap Barisan MPP - Fadlillah

TANJUNG MALIM, 12 Oktober - Barisan kabinet MPP 2012/2013 yang dikatakan menghadapi masalah pembentukan kabinet sebenarnya hanya permainan politik kampus.

Berikut adalah maklum balas daripada ahli MPP daripada We Love UPSI, Fadlillah "saya berharap pihak media tidak mencampuri dan menokok tambah apa sahaja perkara yang tidak perlu. Kami masih seperti dahulu bersatu di bawah nama We Love UPSi".

UPSI Daily turut dimaklumkan bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi. 

Malah UPSI Daily turut diseru supaya berhenti daripada menyiarkan sebarang artikel dan membuang artikel berkaitan Zafri.

Demi manfaat dan kepentingan "We Love UPSI", UPSI Daily akan membuang artikel tersebut dengan syarat mereka perlu berdamai dan menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sekiranya syarat ini dilanggar, kami tidak teragak-agak untuk mengeluarkan artikel lebih berat daripada ini. UPSI Daily beranggapan ini hanya adat dalam berkeluarga, masalah tetap wujud dan proses pembelajaran harus bermula daripada masalah.

Dikhabarkan, penyokong Pro M (Mahasiswa Pendidik) yang sebelum ini bergelak sakan bahawa "We Love UPSI" sudah berpecah belah turut terkejut apabila terdengar berita bahawa tiada masalah berat antara "We Love UPSI".

Pihak kami ingin menasihatkan kem "We Love UPSI" supaya berhati-hati dengan permainan politik Mahasiswa Pendidik kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kehancuran "We Love UPSI". Jika mereka menafikan dakwaan ini sudah lama mereka menyertai We Love UPSI dan meninggalkan perjuangan bersama Pro M.

Dalam perkembangan yang lain, kami di UPSI Daily masih tetap dalam landasan yang mana musuh utama kami ialah kebodohan Pro Mahasiswa, (Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Pendidik). -UPSIDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...