Halaman

Khamis, 18 Oktober 2012

ISU BANNER KAIN : Modus Operandi Mirip Tindakan Mahasiswa Pendidik


TANJUNG MALIM, 18 Oktober - Mahasiswa Pendidik hari ini tampil membuat penafian yang mereka adalah dalang penyebaran satu banner melaga-lagakan kepimpinan dari We Love UPSI. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan melalui satu rakaman yang dimuatnaik ke laman Youtube.

Rakaman tersebut turut mengugut pihak UPSI Daily membuang artikel yang dikatakan telah memfitnah pihak Mahasiswa Pendidik. Pihak UPSI Daily ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak akan membuang artikel tersebut dan ingin mencabar pihak Mahasiswa Pendidik membuat tindakan selanjutnya.

Sebelum Mahasiswa Pendidik membuat tindakan susulan, mereka perlu membuktikan dahulu yang mereka langsung tidak terlibat dalam penyebaran banner tersebut.

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan penafian dalam satu video boleh membuktikan bahawa Mahasiswa Pendidik langsung tidak bersalah?

UPSI Daily menuduh Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab menyebarkan banner tersebut kerana modus operandi mereka berkempen pada PRK yang lalu dengan menggunakan kain putih dan spray.


Di sini kami lampirkan gambar bahawa Mahasiswa Pendidik sudah sinonim berkempen dan menyebarkan dakyah dengan menggunakan kain putih dan spray. Apa membuatkan kami menuduh pihak Mahasiswa Pendidik bertanggungjawab atas penyebaran Banner tersebut ialah :
1) Mereka berkempen menggunakan Kain Putih dan Spray manakala We Love UPSI berkempen menggunakan Banner yang dicetak kilang. Pihak kami memohon mahasiswa berfikir sejenak pihak manakah yang mempunyai kaitan dengan penyebaran Banner (Kain Putih dan Spray)? 
2) Mereka musuh politik kampus kepada We Love UPSI. Banner tersebut dipaparkan untuk melaga-lagakan antara MPP We Love UPSI. Sekiranya MPP dari We Love UPSI bertelagah sesama sendiri maka pihak yang paling gembira dan bertepuk tangan ialah musuh politik We Love UPSI. 
3) Bentuk perkataan 'P' dan 'K' seperti gambar di atas mempunyai persamaan.
4) Jika mereka mahu membuat penafian, setiap orang yang menyokong Mahasiswa Pendidik perlu membuktikan alibi bahawa mereka semua tidak terlibat dan tidak berada di tempat kejadian.
Sebagai mahasiswa, wajarkah kita mempercayai kenyataan seorang hanya penafian tanpa membuktikan bahawa mereka benar-benar tidak terlibat. Perlu diingat bahawa, hanya musuh We Love UPSI sahaja suka jika perpecahan di dalam kem We Love UPSI berlaku -UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...