Halaman

Ahad, 21 Oktober 2012

TAHNIAH!!! @hafiz_ariffin JURUCAKAP YDP MPP KEBANGSAAN

Hafiz Ariffin mengekalkan kedudukan beliau sebagai YDP selepas menang bertanding di Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia di selatan tanah air dalam Pilihanraya kampus baru-baru ini. Ini merupakan kali kedua beliau menjadi YDP selepas mendapat mandat dan kepercayaan daripada seluruh warga UTHM. 

Hari ini dalam pertemuan pertama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) undian pemilihan Jurucakap MPPK memihak kepada Hafiz selaku Jurucakap MPPK yang baru menggantikan saudara Wan Ahmad Hazman daripada Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan rakan-rakan kepimpinan dari seluruh IPT khususnya Jemaah YDP IPTA. Selain itu beliau menyifatkan lantikan ini sebagai satu tanggungjawab yang amat besar dan beliau mengajak semua rakan-rakan YDP menggalan tanggungjawab ini bersama demi kesejahteraan seluruh mahasiswa dan negara tercinta. 

Antara lain dalam pertemuan tadi juga Hafiz  membentangkan cadangan tajuk bagi Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan akan datang iaitu " Rasionalisasi Perumahan Siswa" mengupas permasalahan yang dihadapi oleh seluruh mahasiswa berkenaan perumahan samada berkaitan kolej kediaman mahupun perumahan luar.

Seluruh wargakerja UPSIDaily mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan mengharapkan Hafiz dapat meneruskan legasi kecemerlangan mahasiswa dalam atau luar negara.-UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...