Halaman

Rabu, 16 Mei 2012

CIKGU....Celik Insan Kerana Guru Unggul "Selamat Hari CIKGU"

Salam Perpaduan...

SELAMAT HARI GURU




Jika hari ini....sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA...


Hari Guru menjelma lagi, tiap-tiap tahun pasti guru-guru diseluruh Malaysia menantikan hari penghargaan kepada mereka semua. Bila dikenang kembali zaman persekolahan kita sering memberikan penghargaan kepada semua guru yang mengajar kita sama ada dengan memberi ucapan atau hadiah dari sebesar-besar hadiah sehinggalah sekecil kecil hadiah.

Semua itu sungguh menggamit kenangan, pada hari guru inilah guru-guru yang paling garang akan jadi sporting, pada hari guru jugalah guru yang paling popular akan mendapat hadiah yang begitu banyak sampai tak muat meja guru dan tidak lupa guru yang selalu masam akan tersenyum lebar melihat gelagat dan ragam kita semua.

Lagu Tema Hari Guru 2012

Sedar atau tidak semua yang terjadi pada hari guru adalah pendidikan kepada kita dan anak-anak murid, di hari guru lah kita mula mengenal apa itu PENGHARGAAN kepada orang lain. mungkin tanpa hari guru kita kurang belajar bagaimana ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang berbakti pada kita, dan mungkin juga jika tiada hari guru tiadalah rasa sayang terhadap ilmu yang telah diberikan oleh guru.

Dalam realiti kehidupan kita kini, apa sahaja jawatan, pekerjaan dan perniagaan yang kita ceburi semuanya bermula dari ALIF BA TA, A, B, C, 1, 2, 3 yang datangnya dari seorang guru biasa sahaja. Dia tidak kaya, tidak juga  meminta mengharap balasan, guru juga tidak sombong dan dia juga sentiasa bersemangat dalam menjadi agen Transformasi minda kita semua. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" tema guru tahun 2012 bukan sekadar tema tetapi penuh dengan nilai tanggungjawab dan beban untuk dipikul oleh semua guru. 

Semoga HADIAH kenaikan pangkat bagi 8222 guru lepasan ijazah(DG 41-DG 44) dan kenaikan pangkat untuk 158 831 orang guru lepasan Diploma(DG 34) di gunakan dengan sebaik mungkin.

Pohon Palma Tegak Berdiri 
ditanam mari ditepi bangunan
Ilmu didunia terus dicari
jasa guru dilupa jangan

Selamat Hari Guru Semua sahabat........kepada semua bakal guru.

TERIMA KASIH CIKGU

2 ulasan:

iyaka berkata...

selamat hari guru semua...

Perubahan UUM berkata...

selamat hari guru pada semua mahasiswa UPSI.. semoga perjuangan memartabatkan anak bangsa berjaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...