Halaman

Selasa, 25 September 2012

UPSIDaily Bakal Disaman, TNC UPSI Usah Cepat Melatah



TANJONG MALIM, 25 September - Salah seorang Timbalan Naib Canselor dilaporkan tidak berpuas hati di atas satu laporan dari UPSIdaily yang disiarkan pada 20 September yang lalu berhubung khabar angin yang mengatakan beliau seorang penyokong kuat PKR.

Walaupun dalam laporan tersebut admin tidak menyebut secara spesifik nama individu terbabit, hari ini kami  dimaklumkan seorang TNC yang dimaksudkan mahu mengenakan tindakan undang-undang jika artikel tersebut tidak dibuang daripada laman ini dan perkara ini dimaklumkan kepada kakitangan bawahannya.

Atas dasar tanggungjawab dan mengambil kira maklumat itu tidak dapat dipastikan kesahihannya serta bersifat khabar angin, kami memilih untuk tidak menyiarkan nama TNC tersebut bagi memberi ruang kepada beliau untuk membela diri.

TNC terbabit adalah Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem TNC Akademik & Antarabangsa, nasihat admin usah cepat  melatah dengan berita yang disiarkan kerana pihak admin menulis berdasarkan maklumat yang diterima daripada kakitangan UPSI sendiri. 

Selaku individu yang memegang jawatan sebagai TNC, Prof. Dr. Omar sepatutnya lebih matang dalam membuat keputusan untuk menafikan cerita yang tersebar di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar UPSI, beliau sewajarnya mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan khabar angin tersebut kepada kakitangan dan semua penuntut UPSI.

Namun setiap rakyat Malaysia dilindungi oleh undang-undang, jika Prof. Dr. Omar merasakan tindakan undang-undang merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini, kami di pihak UPSIdaily bersedia untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.

Dalam masa yang sama, kami turut ingin menasihati TNC HEP iaitu Prof. Dato Paduka Dr. Junaidy agar mengenakan tindakan undang-undang ke atas laman UPSIKINI yang kerap melemparkan cerita fitnah dan tanpa maklumat yang sahih.- UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...