Tanjong Malim, 20 September - Tepat jam 5 petang tadi, tempoh pembelian borang calon Pilihan Raya Kampus UPSI telah tamat. Jumlah borang yang telah dijual tidak diketahui.
Pada hari terakhir pembelian borang, kumpulan We Love UPSI telah dikejutkan dengan pengumuman 2 bakal calon mereka tidak mahu bertanding di peringkat fakulti. Kedua-dua calon itu dijangka akan bertanding di fakulti yang sama bagi merebut 2 kerusi yang dipertandingkan.
Media UPSI Daily sempat bertemu dengan 2 orang sahabat baik calon We Love UPSI untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut mereka berdua "calon itu mengumumkan hasrat tidak mahu bertanding malam tadi selepas mendapat panggilan telefon dari individu yang menggunakan 'Private Number'. Orang tersebut meracuni fikirannya agar tidak bertanding dibawah tiket We Love UPSI."
"Jika menang, calon itu perlu mengabaikan pelajaran dan keselamatannya akan terancam. Keluarga mereka turut mendapat panggilan yang sama supaya melarang anak mereka bertanding pada Pilihan Raya Kampus" ujar sahabat baik mangsa.
Dalam pada itu, kedua-dua calon bagi fakulti yang sama diramalkan akan menang telah mengikuti kesemua kursus yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh kursus, calon tersebut menyatakan hasrat ingin bertanding dan telah mendapat restu daripada keluarga.
Pihak jentera 'We Love UPSI' masih tidak dapat menghubungi mangsa ugutan tetapi yakin 2 calon tersebut akan bertanding kerana mereka telah membeli borang pada hari pertama. Jentera 'We Love UPSI' dikhabarkan akan berjumpa dengan keluarga calon tersebut untuk menerangkan situasi sebenar. Kedua-dua calon itu telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis. -UPSIDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan