UPSIdaily sudah dapat mengagak perlakuan seperti ini sudah pasti dilakukan oleh Pro Mahasiswa. Pelajar dari salah sebuah kolej swasta yang menanggalkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri Malaysia semasa himpunan Janji Demokrasi itu sudah pun dicekup Polis. Akibat terlalu fanatik mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menunjukkan rasa kebencian pada pihak kerajaan.
Dia yang ditahan di Taman Maluri itu menutup mukanya dengan baju, UPSIdaily hairan apa lagi yang nak dimalukan wahai Mat Punggung buka sahaja muka tu jangan sorok-sorok satu Malaysia dah kenal anda wahai Muhammad Ammar.
Kematangan jenis apakah yang ingin dibawakan oleh pihak Pro Mahasiswa ini, dari dulu hingga kini ada sahaja provokasi yang ingin dilakukan bagi menaikkan kemarahan rakyat. Penghinaan yang dilakukan tidak sampai 1 jam tetapi akibatnya dia perlu menanggung secara sendiri. UPSIdaily ingin melihat ada atau tidak pemimpin PR yang mahu membela nasib Muhammad Ammar.
...Siapa Punya Angkara? Puak Pro Mahasiswa punya angkara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan