Kejadian jual baju Mahasiswa Pendidik pada malam terakhir minggu suai kenal akhirnya mengundang padah kepada semua JMK yang terlibat. Walaupun UPSIdaily ada membuat liputan tentang perkara tersebut(KLIK SINI) namun UPSIdaily tidak menyangka bahawa pihak pengetua kolej akan mengambil tindakan yang begitu drastik dengan memecat JMK Kolej yang terlibat. Tetapi berita ini masih lagi belum pasti kerana tiada hitam putih dikeluarkan oleh pihak pengetua kepada JMK tersebut
Sahabat-sahabat penggerak kempen We Love UPSI yang juga terkejut dengan khabar ini tidak bersetuju dan tidak menyokong tindakan pengetua memecat JMK tersebut daripada jawatan mereka, walaupun JMK menjual nama MP dan LMP(gang pecah pintu) pada malam tersebut, tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan ganas yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman kolej pada malam itu.
Pengetua kolej perlulah mengamalkan sikap terbuka agar tiada pihak yang tertindas. Isunya tidaklah begitu besar sehingga perlu dipecat dari jawatan. Kita sayang UPSI kita sayang siswa/i UPSI kita juga sayang orang yang cuba merosakkan keharmonian dalam UPSI kerana We Love UPSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan