TANJUNG MALIM, 23 September - Mahasiswa Pendidik (Pro Mahasiswa Pembangkang) sekali lagi cuba mempengaruhi mahasiswa UPSI untuk terlibat dengan agenda licik mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Dato' Naib Canselor.
Memorandum bantahan terhadap pembatalan 6 orang calon mereka atas kecuaian tidak menulis 'Manifesto' dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad (Esok). Perjuangan mereka disifatkan tidak mempunyai wawasan dan perjuangan yang tetap kerana mereka cuba mencetuskan keadaan huru-hara di Universiti pada cuti hari minggu.
Jadual pergerakan yang disebarkan melalui Facebook milik mereka adalah seperti berikut:
Makluman Penting kepada seluruh mahasiswa/i UPSI, pagi esok Mahasiswa Pendidik akan penyerahan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya pemilihan MPP 2012/2013 untuk diserahkan kepada Dato' Naib Canselor. Insya Allah, esok pagi juga MP akan berkonvoi beramai ramai ke seluruh kolej kediaman sebelum menyerahkan memorandum tersebut. Kami mengalukan alukan seluruh Mahasiswa/i untuk bersama kami esok bagi. Pastikan anda memakai baju berwarna KUNING.
Tentatif
8.00 pg : berkumpul di Bangunan E-Learning
8.30 pg : Konvoi ke KHAR
9.00 pg : Konvoi ke KUO
9.15 pg : konvoi ke KZ/KAB
9.30 pg : Konvoi ke bangunan canselori
#Lawan tetap lawan#
Teruskan bersama KSMP
Tindakan ini amat tidak rasional kerana memorandum tersebut akan diserahkan ketika pejabat pentadbiran Universiti tidak beroperasi kerana cuti umum.
Perancangan mereka ini mendapat reaksi kurang senang oleh mahasiswa di universiti. Menurut pelajar UPSI. Che Mat (bukan nama sebenar), "Saya hairan kenapa memorandum itu hendak dihantar ketika cuti hujung minggu?. Ini bukan kali pertama mereka melakukan seperti ini, sebelum ini pun mereka ada menyertai perhimpunan pada tengah malam tahun baru untuk menyerahkan memorandum.Ketika itu pun bukan waktu pejabat".
"Apa yang mereka lakukan ini seperti program ad-hoc dan terdesak untuk meraih simpati mahasiswa supaya menyokong mereka. Mereka dibatalkan kerana calon-calon mereka tiada manifesto. Buat apa kita hendak memilih pemimpin yang tiada matlamat dan manifesto. Saya berharap mahasiswa membuat pilihan yang bijak supaya tidak memilih calon yang tiada matlamat dan hala tuju seperti Mahasiswa Pendidik" ujarnya lagi.
Penyerahan memorandum yang dijadualkan pada hari ahad (esok) dijangka akan gagal kerana esok ialah hari ahad yang mana pejabat pentadbiran universiti tutup. -UPSIDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan