Halaman

Jumaat, 21 September 2012

Mahasiswa Dakwa Diugut Hantar Borang Pencalonan. #PRKampus #WeLoveUPSI

TANJUNG MALIM, 21 September - Seorang mahasiswi daripada dua calon kem We Love UPSI yang dilaporkan tidak mahu bertanding didakwa mendapat ugutan hari ini telah tampil untuk menghantar borang penamaan calon bertempat di Bitara Siswa.

Bakal Calon Fakulti Sains Matematik,
Nur Zakira Binti Awang
Sebelum ini, UPSI Daily telah mendedahkan bahawa ada 2 orang pelajar dari 1 fakulti telah mengumumkan hasrat tidak mahu bertanding kerana didakwaan mendapat ugut dari pihak tertentu supaya tidak bertanding.

Ketika ditemubual UPSI Daily, Nur Zakira Binti Awang berkata, "saya hari ini tetap hadir untuk menyerahkan borang penamaan calon bagi Fakulti Sains Matematik. Saya mengumumkan tidak mahu bertanding kerana keluarga tidak membenarkan bukannya diugut. Ibu bapa saya fikir saya akan bertanding dan melibatkan diri dalam politik luar".

Sebenarnya, "mereka tidak faham bahawa saya bertanding ini bukan untuk parti politik tetapi untuk membela mahasiswa. Sebaik sahaja saya menjelaskan perkara sebenar, barulah ibu bapa saya faham dan merestui perjuangan saya. Saya bertanding ini mahu membela dan membawa usul kebajikan mahasiswa di Fakulti Sains Matematik" ujar Nur Zakira.

Ketika ditanya mengenai perkembangan rakannya yang turut mengumumkan tidak mahu bertanding, Nur Zakira menjawab "saya tidak tahu apa perkembangannya sekarang ini" kata Nur Zakira lagi.

Dalam pada itu, Media UPSI Daily turut bertemu dengan beberapa orang bakal calon dari 'We Love UPSI' untuk bertanya tujuan mereka bertanding.

Bakal Calon FSK, Ahmad Fadzli Bin Mohamad

Ahmad Fadzli Bin Mohamad, bakal calon Fakulti Sains Kemanusiaan dari Kem 'We Love UPSI' berkata, saya bertanding ini bukan kerana diri saya untuk mengejar kuasa, saya bertanding ini untuk memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa Fakulti Sains Kemanusiaan. Jika saya diberi tanggungjawab, insya'allah saya akan usaha yang terbaik.

Bakal Calon FB, Tee Hing Boon
Ter Hong Boon, bakal calon Fakulti Bahasa dari Kem "We Love UPSI" berkata, saya memilih bertanding dibawa nama We Love UPSI kerana ia membawa nama dan menerapkan nilai-nilai sejagat di kampus iaitu menyayangi UPSI. Saya lihat sekarang ini, mahasiswa di UPSI ini mengalami masalah dari sudut sistem jadual akademik. Masalah ini acap kali berlaku apabila tiba musim 'add/drop subjek'. Kini sudah tiba masanya untuk kita mencari pendekatan yang lebih konsistem supaya masalah ini dapat diatasi melalui perbincangan.

Bakal Calon Etnik India, Vasanthraj
Vasanthraj, bakal calon bagi Etnik India berkata, saya akan cuba sedaya upaya untuk membela dan memperjuangkan nasib mahasiswa India di UPSI ini. Saya pendatang baru dalam politik kampus, jadi saya perlu bertanya banyak pihak untuk mendapatkan input bagi mengorganisasi. Saya akan cuba bertanya dengan Praveen. Dia ialah mantan Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa pada penggal yang lalu. Dia pasti mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kampus UPSI (PRK) pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi. Kesemua calon, pencadang dan penyokong daripada proaksi Kem We Love UPSI dan Pro Mahasiswa Pembangkang telah hadir seawal jam 8 pagi untuk menghantarkan borang penamaan calon mereka.

Setakat ini, jumlah borang pencalonan yang dihantar pada hari ini masih dirahsiakan oleh pihak HEP. Teka-teki ini akan terjawab sebaik sahaja selesai proses bantahan, rayuan dan pengumuman calon yang layak bertanding pada jam 5.30 petang ini. -UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...