Halaman

Sabtu, 22 September 2012

#PRKampus : Enam Calon Pro-M UPSI Naif Peraturan MPP 2012



TANJONG MALIM, 22 September - Enam mahasiswa pro-M yang dibatalkan pencalonan mereka semalam bertindak membuat laporan polis berhubung pembatalan borang pencalonan mereka semalam dengan mendakwa wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP ke atas mereka.

Menurut laporan blog UPSIkini, selain wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak HEP. Kumpulan 'Pro-Aspirasi Mahasiswa' turut ketandusan calon kerana rata-rata daripada calonnya terdiri dari pelajar diploma.

Pihak UPSIdaily cuba mendapatkan pengesahan di atas dakwaan yang ditimbulkan oleh Mohd Shukri dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan lima calon pro-M yang lain kononnya tindakan membatalkan pencalonan mereka adalah salah dari sudut Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 merupakan satu hujah yang tidak tepat.

Hasil semakan peraturan pemilihan yang dibuat oleh pihak UPSIDaily, jelas tertera di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) yang mengatakan :


  • Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH.
Ini bermakna setiap calon yang ingin bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Tahun 2012 wajib mengisi setiap ruang termasuk ruangan manifesto. Perkara ini jelas berbeza dengan borang pencalonan untuk sesi 2011 yang mana dalam ruangan manifesto pihak pentadbiran UPSI tidak mewajibkan bahagian tersebut diisi dan diletakkan dengan perkataan (JIKA ADA).

Muhamad Zafri Bin Zabidin,
Calon Fakulti Pengurusandan Ekonomi
Seorang pelajar Muhammad Zafri Zabidin dari Fakulti Pengurusan Ekonomi berkata, "mereka pada awalnya tidak berniat untuk membuat bantahan ke atas calon Pro-M, sebaliknya bantahan dimulakan selepas mereka melihat calon Pro-M mula mengambil borang bantahan, dari sinilah kami bertindak-balas dengan mengemukakan bantahan ke atas calon-calon mereka yang tidak melengkapkan borang penamaan di ruangan manifesto."

"Mereka menuduh pihak HEP sengaja membatalkan pencalonan mereka dan wujud unsur penyelewengan, jika begitu bolehkah saya pula menuduh pihak HEP juga terlibat dalam membantu calon Pro-M iaitu Wan Nur Atiqah yang memenangi kerusi Fakulti Sains dan Matematik selepas calon kami gagal mengemukakan bantahan kerana pada waktu tersebut beliau berada dalam kelas?".

"Dengan bertindak membuat laporan polis tanpa meneliti perkara 18 peraturan pemilihan, menunjukkan kepada mahasiswa UPSI yang lain bahawa pelajar pro-M terlalu naif dari segi perundangan, kerana gagal membaca dan membezakan di antara borang penamaan tahun 2011 dan 2012". tambahnya lagi.

Kampus UPSI hari ini mula dihiasi dengan poster kempen daripada calon-calon Pro-M, manakala calon 'We Love UPSI' dikatakan dalam proses menaikkan poster-poster calon mereka petang ini.

Sesi Pemilihan Perwakilan Pelajar tahun 2012 menyaksikan 29 kerusi dipertandingan di UPSI yang mana 22 daripada jumlah tersebut telah dimenangi oleh pihak 'We Love UPSI' dan 1 dimenangi oleh calon Pro-M, baki 6 kerusi akan diketahui menjelang 25 September akan datang. -UPSIDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...