Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

Sambutan Ambang Merdeka UPSI Penuh Dengan Rasa Kesyukuran

Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat selama 55 tahun bergema sekali lagi malam ini di Kolej Harun Aminurrashid UPSI, suara gamat anak muda UPSI memecahkan kesunyian di bumi Tanjong Malim.

Kemerdekaan 55 tahun yang disulami dengan pembangunan, keamanan, perpaduan, dan nilai-nilai murni dalam masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan satu-satunya negara di dunia mengurus kepelbagaian kaum dengan begitu baik. 

Tidak ketinggalan UPSI tercinta dalam mengharungi hari-hari persiapan menerima mahasiswa baru pihak UPSI sempat mengadakan sambutan Ambang Merdeka malam tadi. Seramai 150 orang Rakan Suai Kenal termasuk Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid dan mahasiswa/i UPSI turut serta dalam acara sambutan ambang merdeka.




Sambutan yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yaasin selepas solat maghrib dan seterusnya solat isyak berjemaah bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai selama ini, tidak lupa juga memanjatkan doa kepada Allah agar kemerdekaan yang dinikmati ini terus berkekalan dengan aman dan makmur. 

Majlis sambutan ambang merdeka malam ini juga turut dihadiri oleh Bendahari, Timbalan Naib canselor HEPA serta Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof. Dr Zakaria Kasa. Dalam kesibukan RSK menghadapi minggu suai kenal sambutan ambang merdeka ini juga disulami dengan persembahan RSK dan persembahan artis UPSI.


UPSIdaily yang turut serta dalam sambutan ambang merdeka ini sempat mendapatkan pandangan daripada Wakil Setiausaha RSK iaitu saudari Zuraini Suhaimi berkaitan persiapan MSK " Persiapan MSK Alhamdulillah sudah mencapai 70 % dan kita sedang berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan yang timbul dalam MSK sebelum ini untuk diatasi dengan baik" ujarnya. 
Bila ditanya tentang pertikaian RSK sebagai kuli beliau menjawab " biarlah apa orang nak kata asalkan mereka bahagia, apa yang kami usahakan sekarang adalah secara sukarela" ujarnya lagi. Beliau yang mewakili Setiausaha RSK juga mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua mahasiswa/i UPSI.



UPSIdaily Mengucapkan Selamat Menyambut Hari #Merdeka55 tahun
semoga keamanan yang kita perolehi kekal selamanya sama-sama kita
jauhi anasir-anasir yang menganggu-gugat keamanan negara kita
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Khamis, 30 Ogos 2012

"Jangan Pertikai RSK Jadi Kuli" Zafri Pengarah MSK

UPSIdaily malam tadi menerima satu email daripada Zafri, Pengarah Minggu Suai Kenal yang ingin menjawab isu berkaitan isu pertikaian Azlan Farhan tentang pembayaran baju korporat dan elaun. Azlan menyatakan "dengarnya RSK kali ni, Sekretariat  dapat baju tapi kena bayar.....hurmmm RSK ni xsama mcm MSK kan...SekretariatMSK dapat baju korporat, elaun dl......... " ujarnya.


UPSIdaily yang menerima email daripada saudara Zafri menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakan RSK kali ini tidak kisah jika dianggap sebagai kuli kerana beliau sudah menganggap sahabat-sahabat RSK ini sebagai sebahagian daripada keluarganya, jatuh bangun MSK kali ini adalah bergantung kepada RSK. Beliau juga menjelaskan istilah MSK adalah Minggu Suai Kenal dan RSK adalah Rakan Suai Kenal ataupun sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat, hanya nama yang berubah tetapi objektifnya tetap sama. "jangan pertikai RSK jadi kuli " ujarnya

Dalam isu pembelian baju korporat dan elaun beliau tidak memaksa semua RSK untuk membayar atau membeli baju tersebut serta RSK tidak mengharapkan elaun kerana apa yang ingin ditekankan adalah sikap kesukarelaan dari dalam diri RSK membantu tanpa mengharapkan upah.  

Jika kita kembali ke era pimpinan MPP yang terdahulu sememangnya sekretariat MSK ini tiada peruntukkan untuk mendapat baju Korporat secara percuma kerana peruntukkan digunakan sebaik mungkin untuk adik-adik yang baru masuk bukan untuk membelikan pakaian baru kepada sukarelawan.

Sekretariat MSK sebelum ini yang mempunyai sifat kesukarelaan yang tinggi langsung tidak pernah mempersoalkan tentang elaun dan baju korporat. Sifat kesukarelaan ini amat penting diterapkan agar dapat berbakti dengan lebih ikhlas setelah bergelar guru.

UPSIdaily ingin mengucapkan syabas kepada Pengarah MSK dan semua RSK yang terlibat kerana meneruskan legasi kesukarelaan dalam membantu pihak Universiti menguruskan kemasukan pelajar-pelajar baru. Sikap kesukarelaan inilah yang akan membantu anda menjadi seorang yang lebih IKHLAS dan EHSAN dan jangan runsing kerana ALLAH akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan.

Buat Azlan Farhan : kenapa tak join MSK, sebab tak dapat baju free ke ? hehehehhehe
Buat Sahabat RSK : biarlah jadi kuli, pahala bukan Azlan Farhan yang bagi..hehehhe


_All da best RSK 2012_



Rabu, 29 Ogos 2012

Lagu Nadi Rakyat Ganti Janji Ditepati

Isu penerbitan lagu dan logo kemerdekaan tahun ke 55 menjadi hangat apabila Kementerian Penerangan mengeluarkan Logo dan Lagu yang berbaur politik dan kurang menerapkan semangat Patriotik dalam kalangan rakyat.

Lagu dan Logo yg dikeluarkan sebelum ini dicadangkan untuk diubah(klik sini) agar lebih bersifat Patriotik dan tidak menunjukkan kepentingan politik.

Sebagai mahasiswa, UPSIdaily juga berasa kecewa apabila sesetengah pihak menggunakan hari merdeka sebagai alat untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Merdeka adalah untuk dihayati bukan untuk dieksploitasi.

Lagu Nadi Rakyat di bawah lebih sesuai dengan #Merdeka55 tahun


Kad Diskaun Berkuatkuasa 1 September 2012

Pelaksanaan kad diskaun siswa yang diluluskan oleh Kementierian Perdagangan Dalam Negeri menjadi bukti bahawa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan MPPK masih lagi mempunyai suara yang kuat dalam menyuarakan isu-isu semasa dan hal-hal kebajikan siswa/i di kampus. 

UPSIdaily semalam sempat menghubungi Jurucakap MPPK Wan Ahmad Hazman(Presiden MPPUTM) bertanyakan pandangan dan beliau menyatakan harapan semoga kad diskaun siswa ini akan memberi manfaat kepada semua siswa/i di Malaysia. 

Menteri Perdangan Dalam Negeri semalam dimengumumkan kad diskaun  siswa akan berkuatkuasa bermula 1 September 2012. UPSIdaily semalam juga sempat menghubungi salah seorang siswa dari Kursus Pendidikan Bahasa Melayu UPSI dan beliau menyatakan




"saya berasa sangat gembira pihak kerajaan dapat meringankan beban kami dengan menyediakan kad diskaun siswa 1 Malaysia" ujarnya, "terima kasihlah kepada yang memperjuangkan kad diskaun ni" ujarnya lagi.

UPSIdaily memandang kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini bukanlah sebagai alat untuk mahasiswa/i boros berbelanja tetapi sebaliknya mahasiswa/i harus bijak dalam menggunakan kad diskaun ini untuk tujuan pembelajaran dan tidak disalahgunakan. 

*untunglah kita dapat kad diskaun hehehe..terima kasih pejuang-pejuang MPPK*

Apa yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa??? Sehingga kini hanya retorik janji tinggal janji,kebebasan akademik hanya laungan politik, kebajikan terabai.



UPDATE MSK :"Jangan Marah Saya"..Saya Baru Tahu dan Baru Belajar

"Jangan Marah Saya...Saya Baru Tahu dan Saya Baru Belajar", begitulah luahan hati Pengarah Program Minggu Suai Kenal UPSI yang baru sahaja memulakan langkah persiapan dalam menerima mahasiswa baru 2 September ini di laman sosial facebook.

Muhamad Zafri Zabidin merupakan mahasiswa dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi ini pertama kali menjadi Pengarah Minggu Suai Kenal, beliau yang belum pernah menjadi Pengarah MSK sebelum ini mengharapkan agar semua RSK yang terlibat memberikan kerjasama yang baik kepadanya. Persiapan MSK yang masuk hari kedua hari ini masuk kepada fasa pecahan 13 bahagian sekretariat seperti bahagian Makanan, Pendaftaran, Protokol dan lain-lain lagi. Gerak kerja MSK yang dilaksanakan ini berpusat di Kolej Ungku Omar sehinggan 1 September ini .

Esok RSK yang terlibat akan mendengar taklimat daripada Pusat Kesihatan UPSI dan taklimat bersama Fakulti. 

*Moga RSK terus bersemangat menabur bakti.


Selasa, 28 Ogos 2012

Notis Penting!!! Untuk Pelajar Diploma UPSI


Hanya 25 % Bersetuju PTPTN Dimansuhkan

UPSIdaily ingin mengulas sedikit berkaitan isu pemansuhan PTPTN yang menjadi isu panas negara sebelum ini. Daripada undian yang telah dilakukan di Blog UPSIdaily ini kita dapat lihat hanya 25% sahaja yang bersetuju PTPTN dimansuhkan, manakala yang tidak bersetuju PTPTN dimansuhkan ialah sebanyak 29% dan selebihnya 44% memilih PTPTN perlu ditambah baik

Penambahbaikan sistem pembayaran PTPTN ini telah lama dilaksanakan oleh pihak PTPTN melalui media elektronik dan media sosial, namun begitu jumlah kutipan bayaran balik PTPTN masih lagi kurang memuaskan pihak PTPTN. 

UPSIdaily berpandangan apa yang dimaksudkan dengan TAMBAH BAIK ini ialah dengan menghapuskan caj 1% terhadap pembayaran semula PTPTN dan pasti ramai peminjam akan membayar semua pinjaman tersebut.

Debat PTPTN anjuran Sinar Harian sebelum ini, Rafizi Ramli ketua strategik PKR yang mencadangkan agar PTPTN ini dimansuhkan ternyata tidak mendapat sokongan daripada Rakyat Malaysia. Sebaliknya cadangan menambah baik sistem pembayaran dengan menghapuskan caj 1% yang dicadangkan oleh YB Khairi Jamaludin itu lebih mendapat sokongan rakyat. 

Usah lupa diri, mari kita fikirkan tentang masa depan pembiayaan pendidikan adik-adik dan anak kita Pilihlah untuk membayar PTPTN.

UPDATE MSK : 160 RSK bakal berperang

Kita lupakan sebentar tentang khabar angin yang melanda UPSI. Kini Rakan Suai Kenal atau RSK seramai 160 orang telah pun siap mendaftar sebagai sukarelawan dalam membantu melancarkan perjalanan minggu suai kenal kali ini. Sesi pendaftaran siswa/i yang bermula pada 2 September 2012  ini akan menerima lebih kurang 2500 orang mahasiswa/i baharu.

Peperangan dalaman oleh setiap individu RSK akan bermula pada hari esok. Malam ini mereka telah pun mendengar taklimat dan melakukan sedikit perbincangan bersama pegawai-pegawai HEP.

UPSIdaily sempat menghubungi salah seorang peserta RSK dan beliau menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama menjadi RSK, beliau berasa sedikit gementar untuk berdepan dengan ibu-bapa dan mahasiswa/i baru.

Apa-apa pun UPSIdaily mengangkat tabik Spring kepada semua RSK yang terlibat kerana mengorbankan masa cuti anda untuk berkhidmat secara sukarela. 

Isnin, 27 Ogos 2012

AMBILAN UPSI BUKAN LAGI DALAM UNJURAN KPM

Minggu Haluan Siswa, Minggu Suai kenal, Minggu Tautan Mesra dan lain-lain lagi antara nama yang sering digunakan oleh pihak IPTA  untuk menerima mahasiswa/i baru. UPSI juga tidak ketinggalan bagi sesi ini menempatkan lebih kurang 2000 orang mahasiswa/i baru di kampus Proton City.

Program Minggu Suai Kenal ini dilakukan setelah bakal-bakal calon menjalani peperiksaan ujian MedSi dan temuduga. Namun begitu, terdapat ura-ura yang sedang tersebar luas di UPSI bahawa ambilan kali ini bukan lagi dibawah unjuran KPM disebabkan pihak KPM menghentikan pengeluaran unjuran bermula tahun ini. 



Sekiranya berita ini benar-benar berlaku maka kesan daripada pengambilan tahun ini ialah keluaran pemegang ijazah pendidikan tahun 2016 bukan lagi guru yang diperlukan oleh KPM dan mereka perlu mencari sekolah swasta untuk berkhidmat


Tetapi khabar angin ini tidak dapat disahkan lagi oleh mana-mana pihak samada dari pihak UPSI atau pihak KPM. UPSIdaily akan cuba mendapatkan reaksi daripada pihak-pihak terbabit.

Setakat hari ini sukarelawan MSK telah mula mendaftar di kolej-kolej kediaman bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab menguruskan MSK. MSK ini biasanya dianjurkan selama 5 hari 4 malam ini akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi serta membuktikan keikhlasan setiap individu yang menyertainya. 


MSK yang nampak seperti perkara mudah ini sebenarnya medan menonjolkan sifat kepimpinan, kelantangan, ketahanan fizikal, ketahanan emosi, kebolehan mendengar arahan dan pengukuhan nilai kesukarelaan dalam diri mahasiswa. Ramai pemimpin-pemimpin mahasiswa yang berkaliber di kampus bermula dengan program MSK. 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang ditunjangi oleh Timbalan Naib Canselor Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar sudah mula bersiap sedia sejak 2 bulan lalu dalam menghadapi program ini. Pegawai-pegawai HEP sudah pun mula menyusun strategi dan persiapan dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam minggu tersebut. 

-nantikan update terkini MSK-













Hina Ilmuan Itu Makanan MEREKA

Sebuah artikel daripada sebuah blog menceritakan penghinaan terhadap Ustaz Fathul Bari seorang Ilmuan muda Islam Malaysia yang sedang meningkat naik dengan ketokohannya. Beliau yang lantang bersuara membidas tindakan-tindakan pembangkang  kini menjadi mangsa seorang mahasiswa pro PAS, siswa tersebut yang mengatakan bahawa gambar Ustaz Fathul akan dijadikan alat untuk menghalau hantu dalam Gudang ini dilihat seolah-olah memperlekehkan ketokohan dan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Ustaz fathul. 

Bagi UPSIdaily penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh mahasiswa pro PAS kepada pemimpin-pemimpin negara kini sudah menjadi perkara biasa bagi mereka seolah-olah menghina orang lain itu adalah dihalalkan disisi syarak dan makanan yang wajib bagi mereka. Dek kerana tidak sehaluan ideologi mereka semakin tertipu dengan hasutan syaitan dalam diri untuk menghina orang lain. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya "sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Alah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat "

hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi

Huraiannya : memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri, sebaiknya selaku umat islam kita hendaklah hidup saling hormat menghormati, bantu membantu. justeru apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang brbuat demikian ganjarannya adalah amat besar diakhirat kelak.

Mahasiswa yang menghina Ustaz Fathul ini adalah seorang Bakal Guru yang sedang melaksanakan latihan mengajar di salah sebuah sekolah negeri Kelantan. Jika dilihat pada susuk tubuh dan dahi jendolnya itu nampak seperti seorang pengusaha bas catar di salah sebuah IPTA. Kalau guru yang begini anda sudah pasti tahu apa hasil  anak muridnya. Tidak hairanlah sekarang semakin ramai anak murid yang  berani menghina guru akibat ajaran sesat dari siswa/i yang suka menghina orang lain.

Rabu, 22 Ogos 2012

RAYA UNTUK PILIHANRAYA KAMPUS

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran penuh Kemaafan kepada semua...



Raya, raya juga. Tetapi UPSIdaily percaya, senior-senior mahasiswa pasti teringat-ingat pasal PilihanRAYA Kampus. Dulu ada segelintir mahasiswa yang tidak sabar-sabar untuk berPRK. Bila PRK dijangkakan akan berlangsung? 

Post Pic
KPT, PUTRAJAYA: 23Mac 2012. Tuntutan Pro-M segerakan pilihanraya kampus.

UPSIdaily percaya, tarikh sebenar PRK sudah diketahui ramai. Bila masa dan waktunya? Saatnya akan tiba. Tidak kebah demam RAYA, tiba pula demam pilihanRAYA kampus. 

Di UPSI, pilihanraya kampus yang lalu menyaksikan pertembungan 5 gerakan mahasiswa iaitu,

PIMPINAN BITARA
SMILE
MAHASISWA PENDIDIK
LEGASI MAHASISWA PROGRESIF
TAPIR

Adakah pilihanraya kampus yang akan datang, kesemua gerakan mahasiswa ini akan mengekalkan momentum perjuangan? Ada yang mengundur diri? gerakan baru? atau sebagainya. Walau bagaimanapun, UPSIdaily percaya bahawasanya pilihanraya kampus kali ini akan lebih menyengat.

Gerakan Pembangkang Mahasiswa Vs Gerakan Mahasiswa pendukung asprasi universiti

Kepada junior-junior mahasiswa UPSI yang akan melapor diri pada 2 September 2012, anda kena bijak menilai mana yang terbaik. Jangan terus terpengaruh dengn janji-janji yang belum pasti dapat ditunaikan.

Pernahkah kita semua mengkaji apakah yag sebenarnya telah dilakukan oleh setiap MPP yang telah dilantik oleh mahasiswa-mahasiwi UPSI? Pelbagai ceritera yang UPSIdaily terima. Kena percaya, MPP juga adalah mahasiswa maka mahsiswa akan tahu cerita mahasiswa. Adakah sebegini tanggungjawab yang dilakukan setelah kepercayaan diberikan? Kerana nila rosak susu. Perlu ke pendedahan kesemuanya? Untuk ikhtibar atau tidak mahu pisang berbuah dua kali? UPSIdaily tidak mahu kebajikan mahasiswa terus terabai bila mana ada segelintir MPP yang tidak menjalankan tugas dengan sebaikknya. Kerusi MPP UPSI bukanlah satu perebutan macam main muzical chair.

Kempen Pro-M yang anda semua kene ingat. Cerita pilihnraya kampus pasti tidak akan pernah tamat sehinggalah.........

Bagi yang gemar mengikuti pekembangan politik kampus, UPSIdaily nasihatkan agar rajin-rajin lah untuk membuat kajian dan mengikutinya secara maya. Jangan hanya mendengar dan terikut-ikut. Kerana sesungguhnya, yang tak baik itu akan lebih terserlah dulunya.

------------------------------UPSIdaily-------------------------------

SELAMAT DATANG...!!!
Diucapkan kepada pelajar baru ambilan september 2012. Anda akan menjadi sebahagian daripada Anak Kandung Suluh Budiman. Suasana di universti adalah sangat berbeza di mana anda menjadi nakhoda kepada diri sendiri. 


Khamis, 2 Ogos 2012

MENYESAL SERTAI BERSIH 2.0

"SAYA SUNGGUH KESAL DAN SAYA TIDAK AKAN BUAT LAGI KERJA YANG SIA-SIA DAN TIDAK BERMANFAAT BEGINI"
Kata salah seorang peserta Bersih 2.0 di Mesir, 

Ingatlah wahai Mahasiswa  Tanggungjawab kita adalah untuk menuntut Ilmu dan berbakti kepada ibu bapa, 



Duduk Sampai Grad Bukan Menyesal Sampai Ke Akhir Hayat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...