Halaman

Ahad, 15 Januari 2012

ISU BUANG KOLEJ BANYAK TANGGAPAN NEGATIF

Setiap semester para pelajar akan memohon untuk terus tinggal di kolej kediaman pada semester hadapan. Permohonan secara online, hantar borang ke pejabat dan pemilihan juga berdasarkan buku aktiviti pelajar. Dikecualikan kepada pelajar tahun pertama kerana mereka masih terikat dengan kontrak duduk di kolej selama setahun / 2 semester pengajian.

UPSIdaily melihat banyak pandangan dan andaian negatif mahasiswa terhadap pelajar-pelajar yang tidak berjaya untuk menginap di kolej kediaman. Apakah sebenarnya yang telah berlaku?

1. Kerana tudung labuh?

2. Kerana berpakaian muslimah?
3. Sebab pelajar-pelajar KARISMA nak dibawa masuk?

4. Sebab bukan 'orang kita'?

Mesej yang hendak disampaikan cuba menggambarkan bahawa pihak pentadbiran kolej memilih penempatan ini adalah kesan daripada politik kampus, fahaman ideologi yang dibawa oleh segelintir mahasiswa. Sejauh mana kebenarannya? 

Diskusi bersama Pengetua Kolej

Inisiatif yang telah diambil oleh JMK KAB dalam menyelesaikan isu pelajar yang tidak berjaya tinggal di kolej. Tahniah UPSIdaily ucapkan.

Wakil tampil memberi penjelasan

Pelajar UKLK adalah kumpulan pelajar yang mantap juga. 


UPSIdaily sokong program diskusi ini diadakan seperti yang dilakukan oleh JMK KAB. Ramai menyatakan penghuni kolejnya dibuang kerana mereka terdiri daripada Rakan Penggerak Ad-Din dan Rakan Surau. Segala permasalahan dapat diselesaikan dan tidak timbul spekulasi negatif terlalu awal tanpa kita tahu apakah sebenarnya yang berlaku. UPSIdaily difahamkan bahawa pemilihan pelajar yang layak duduk kolej berdasarkan keaktifan dan kebajikan pelajar. 


Jika dahulu Kolej Zaba terkenal kerana antara kolej yang paling ramai penghuninya dibuang termasuklah yang aktif dan rakan exco nya. Ia perkara biasa yang semua mahasiswa sedia maklum. Tetapi isu dua pelajar yang dibuang kononnya kerana pembikinan filem pendek 'KAU NIE' menjadi isu yang hangat diperkatakan. Harap tidak berlanjutan permasalahan ini.
                                              
Dari sumber yang diperolehi oleh UPSIdaily: 
GSTT 2097 orang, ISMP 773 orang dan ANTARABANGSA 15 orang

Bagaimana UPSI nak menempatkan pelajar-pelajar baru ini jika masih ramai yang ingin tinggal di kolej kediaman? Kerana itu kolej perlu memilih yang benar-benar layak. Isu ini tidak pernah timbul sehangat apa yang berlaku pada kali ini.

Sampai masa kita berkorban sebagaimana pengorbanan senior-senior kita terdahulu. Kini masa kita pula memberi ruang kepada adik-adik junior yang bakal melangkah masuk ke UPSI sebagai ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.

 ....................UPSIdaily................... 

P/S : Kita percaya kepada Qada' dan Qadar Allah, makan kita akan bersedia menerima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Kita hanya merancang dan perancangan Allah itu yang maha hebat. Mungkin ada sesuatu yang lebih hebat Allah janjikan kepada kita. Jadi apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Amin...

Harap sahabat mahasiswa semua bersikap lebih terbuka dan jauhi segala anggapan yang negatif dan akhirnya bimbang menimbulkan fitnah. Apapun, kita diberi ruang untuk bertanya dan merungkai segala permasalahan dengan cara dan medium yang betul.

Gunakan masa yang ada untuk menimba ilmu dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Lengkapkan dirimu supaya apabila keluar dari UPSI kamu sedia menerima pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran. Bagaimana hendak hadapi praktikal? Bagaimana jika anda dipostingkan dalam keadaan anda tidak terfikir ianya berlaku kepada anda?

Pepatah melayu : Jadilah benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi rimba


4 ulasan:

Yuseri Yusoff berkata...

Mantap!

Brader Jai berkata...

mntap

iyaka berkata...

ringkas, tepat, padat, ketat, sendat....bagus!!!!bangga dgn anak kandung suluh budiman sekarang....

miss nurul berkata...

kawan sy pun prnh aktif di peringkt kolej mahupun universiti...tp sygnya dia jgk tlh dbuanh kolej??so da komen??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...