Halaman

Rabu, 24 Oktober 2012

Penuntut UPSI Terlibat Kemalangan Masih Tidak Sedarkan Diri

Samsul Bakhtiar Addenno, 23 Tahun
BATU PAHAT, 24 Oktober - Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat, Johor telah terlibat dalam satu kemalangan 19 Oktober yang lalu.

Mangsa, Samsul Bakhtiar Addenno, 23 berasal dari Johor merupakan pelajar tahun akhir Pengajian Malaysia, UPSI. Mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah telah dirempuh sebuah kereta Iswara yang tiba-tiba muncul dari simpang.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu turut disaksikan sendiri oleh muridnya yang mana motosikal mangsa betul-betul berada dihadapan motosikal muridnya ketika kejadian berlaku.

Sebelum kejadian, mangsa baru sahaja selesai makan bersama rakan praktikal di sekolah yang sama selepas menghadiri majlis Hari Kantin di sekolah

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala apabila topi keledar yang dipakainya tercabut ketika dirempuh. 

Samsul, telah dikejarkan ke klinik Parit Raja sebelum dibawa ke Hospital. Sehingga hari ini, mangsa masih belum sedarkan diri. Menurut makluman doktor, berlaku pendarahan di bahagian kepala dan kini beliau ditempatkan di Unit RawatanRapi (ICU), Hospital Nora Ismail Batu Pahat. 

Maklumat terkini yang diterima setakat petang tadi, mangsa telah selesai menjalani pembedahan menyambung urat pergelangan kaki dan sedang menunggu keputusan X-Ray kepala. Jika pendarahan di bahagian kepala semakin besar, beliau akan dipindahkan ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan lanjut. 

Samsul telah merancang untuk mengadakan jamuan perpisahan kelas-kelas yang beliau ajar sepanjang praktikal pada hari ahad 21 hb 10 2012 tetapi tidak kesampaian. 

Sidang redaksi UPSIdaily mendoakan semoga beliau cepat sedar dan kembali sihat seperti sediakala. 

Laman Facebook Samsul Bakhtiar, telah dikunjungi sahabat terdekat, rakan mahasiswa, warga sekolah dan anak muridnya yang mana semua memberi ucapan agar Samsul cepat sembuh. Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengambil segala butiran-butiran yang diperlukan. Semoga sahabat kita dilindungi dan cepat sembuh. Amin.-UPSIDaily 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bertahan samsul..aku tahu kau kuat!!!aku mendoakan kau cepat sembuh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...