Halaman

Rabu, 12 September 2012

KURSUS WAJIB BUAT CALON PRK UPSI

UPSIdaily baru sahaja mendapat berita ini petang tadi dan segalanya akan bermula pada 25 September ini : 




Hebahan Kursus Transformasi Mahasiswa untuk calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI Sesi 2012/2013


Untuk makluman saudara saudari, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2012/2013 akan diadakan pada 25 September 2012. Bagi menyediakan calon dalam pemilihan pada kali ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni merancang untuk membawa semua calon yang ingin bertanding ke satu Kursus Transformasi Mahasiswa pada:

Tarikh    : 15 - 17 September 2012
Hari       : Sabtu - Isnin
Tempat  : Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak

Sehubungan itu, semua calon yang ingin bertanding dalam pemilihan pada kali ini adalah DIWAJIBKAN mengikuti kursus ini. Bersama ini dilampirkan keperluan dan  jadual untuk tindakan saudara saudari.

Borang penyertaan ke kursus ini bolehlah dimuat turun disini, borang berkenaan hendaklah dihantar ke Pejabat Bahagian Pembangunan Pelajar sebelum atau pada 14 September 2012 (Jumaat) dan pengecualian kuliah akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi Cik Shariza haryati Binti Zabri ditalian 017-3618828.

News Type: Regular Posted By: Syamimah bt. Abdul Hamid Date Posted: 12 Sep 2012, 12:10:36 PM

_UPSIdaily akan membuat liputan dari masa ke semasa berkaitan kursus ini_

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...