Halaman

Jumaat, 21 September 2012

#PRKampus : Kem #WeLoveUPSI akan turun berkempen malam ini.

TANJUNG MALIM, 21 September - Calon yang bakal bertanding untuk Pilihanraya Kampus UPSI 2012/2013 akan diketahui pada jam 5.15 petang ini.

Pada sebelah pagi (8:30-11:00) akan dilangsungkan sesi penamaan calon bertempat di bilik seminar Aras 1 bangunan Bitarasiswa. Semua calon yang menyerahkan borang penamaan akan menjalani sesi bergambar di bilik mesyuarat MPP, Aras 1 Bangunan Bitara Siswa.
We Love UPSI atau Kami Sayang UPSI.

Calon yang layak bertanding akan diumumkan pada jam 12 tengah hari bertempat di Ruang Legar Bangunan Seminar Aras 1, Bangunan Bitara Siswa. Sejurus selepas sesi penamaan calon, sesi bantahan terhadap penamaan calon akan diadakan pada jam 2.45 hingga 3.45 petang bertempat di Bilik Seminar Aras 1 Bangunan Bitarasiswa.

Proses rayuan akan diadakan sekitar jam 4 hingga 5 petang di Bilik Seminar Bitara Siswa. Senarai lengkap calon-calon yang akan bertanding akan diketahui jam 5.15 petang apabila proses pengumuman akhir calon yang layak bertanding dilangsungkan.

Taklimat akhir bagi calon-calon yang akan bertanding akan diadakan pada jam 5.30 petang di bangunan yang sama.

Sejurus selesai proses penerangan, calon yang akan bertanding boleh berkempen sehingga tepat jam 12 tengah malam 24 September.

Pilihanraya kampus UPSI kali ini akan melibatkan pertarungan antara Kem We Love UPSI dan kem mahasiswa Pro Pembangkang yang terdiri daripada Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif.

Maklumat awal diterima daripada kem We Love UPSI, mereka akan bertanding disemua kerusi yang telah ditetapkan. Sehingga waktu ini, tiada maklumat diperolehi daripada kem Mahasiswa Pro Pembangkang.

Sidang redaksi UPSI Daily ingin mengucapkan selamat berkempen kepada semua mahasiswa yang akan mula berkempen pada malam esok. -UPSIDAILY

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...