Halaman

Ahad, 23 September 2012

PRO-M UPSI 'Megah' Demonstrasi Penerangan Berjaya


TANJUNG MALIM, 23 September - Pro-M, UPSI hari ini berasa megah dengan kejayaan mereka menyampaikan penerangan berhubung pembatalan enam orang calon mereka yang dibatalkan penyertaan  untuk bertanding Pilihan Raya Kampus UPSI 2012/2013.

Hari ini, sekitar 50 orang penyokong tegar Pro-M telah mengadakan demonstrasi di depan Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba bertujuan menyatakan bantahan dan memberikan penerangan kepada pelajar yang mendiami kolej tersebut.

Semalam, Pro-M telah bertekad akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Naib Canselor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria B. Kasa, namun penyerahan memorandum tersebut terpaksa ditunda memandangkan hari ini cuti hujung minggu.

Timbalan Naib Canselor, Dato Paduka Dr Junaidi ketika dihubungi berkata, "pembatalan 6 calon Pro-M disebabkan wujudnya bantahan daripada mahasiswa kepada jawatankuasa bantahan tertakluk di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) iaitu "Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH."

"Bantahan yang dibuat kepada Jawatankuasa Bantahan manakala proses rayuan dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan yang diwakili oleh kakitangan bebas dan kedua-dua jawatankuasa ini tidak dipengerusikan oleh saya (TNC HEP) seperti yang didakwa mereka" katanya.

Terdahulu, seramai 6 orang mahasiswa yang akan bertanding bagi pihak Pro-M telah dibatalkan penyertaan kerana mereka tidak menulis manifesto pada borang penamaan calon. Ekoran daripada kesilapan tersebut, pencalonan mereka dibatalkan, namun malangnya pihak HEP dituduh menyalahgunakan kuasa.

Mantan MPP UPSI Pro M, Fauzi Mando ketika berucap bersama penyokongnya berkata "Saya hendak jumpa tunang saya...tidak boleh..saya hendak pergi tandas pun tak boleh", rakaman ucapan tersebut turut disiarkan di blog Double-Y yang mana tindakan mereka mendapat kritikan dan cemuhan umum di laman youtube. -UPSIDaily


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...