Halaman

Sabtu, 8 September 2012

Ijazah Sarjana Muda UPSI Tidak Layak Mohon JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Malaysia yang menyediakan biasiswa kepada ijazah-ijazah terpilih di IPTA seluruh Malaysia masih lagi tidak dapat memberi biasiswa kepada kursus Ijazah pasaran terbuka UPSI. Persoalan mula timbul dalam minda penuntut-penuntut UPSI apabila kursus-kursus Ijazah bukan pendidikan yang ditawarkan di IPTA lain diberi peluang untuk memohon biasiswa JPA. 

Adakah disebabkan Ijazah sarjana Muda di UPSI ini tidak mempunyai kualiti sehingga pengiktirafan tidak dapat diberikan oleh Malaysia Qualification Agency(MQA). Isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak pentadbiran UPSI terutamanya Bahagian Akademik UPSI. 

Sekiranya pengiktirafan Ijazah ini mempunyai masalah, pihak akademik UPSI terutamanya Timbalan Naib Canselor Akademik UPSI perlu menjelaskan kekusutan ini. Mahasiswa.i UPSI akan berasa terpinggir dek kerana tidak dapat memohon biasiswa JPA sedangkan kursus ijazah bukan pendidikan di IPTA lain layak memohon biasiswa JPA. Walaupun mahasiswa/i UPSI boleh membuat pinjaman PTPTN tetapi hak sebagai mahasiswa untuk memilih sumber kewangan mereka tidak boleh kita nafikan. 

Memandang Pilihanraya kampus sudah semakin hampir, pasti ada yang ingin menjadikan perkara ini sebagai manifesto. Tetapi mahasiswa/i harus ingat PRK yang lalu manifesto daripada salah seorang Calon MPP Mahasiswa Pendidik MP berjanji untuk menjadikan biasiswa KPM terbuka  kepada semua Kursus, tetapi hingga kini??? janji hanya tinggal janji. memang mudah berjanji semasa kempen PRK asalkan nak menang semua boleh janji.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...