Halaman

Rabu, 26 September 2012

"We Love UPSI" Pertahankan Ibu Kandung Suluh Budiman

TANJUNG MALIM, 25 September - Kumpulan mahasiswa "We Love UPSI" mencatat kemenangan dengan mendominasi 24 daripada 29 kerusi yang dipertandingkang pada Pilihan Raya Kampus di sini sebentar tadi.

Lima kerusi umum telah dipertandingkan hari ini dimana undi popular dimenangi oleh Muhamad Fadlillah Bin Mukhatar pelajar tahun 2, sebanyak 6077 undi. Tiga kerusi dimenangi oleh We Love UPSI manakala 2 dimenangi Pro-M.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Paduka Junaidy ketika ditemui Putrajaya Online melahirkan kesyukuran kerana pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian provokasi.

Prof Dato' Paduka Junaidy bersalaman calon
yang memenangi PRK UPSI. 
Beliau juga mengharapkan calon-calon yang menang ini akan bersatu dibawah nama We Love UPSI, serta memperjuangkan kebajikan mahasiswa tanpa membawa fahaman subversif".

Ketika ditanya perancangan Majlis Perwakilan pelajar sesi 2012/2013, beliau berkata "pihak HEP akan menghantar semua calon yang menang ini ke satu kursus kepimpinan khas. Selepas itu baru kabinet boleh dibentuk. Saya berharap, mereka (MPP) selepas ini dapat bekerja dan menunaikan segala manifesto yang telah dijanjikan sebelum ini".

Muhamad Fadlillah yang memenangi undian popular turut melahirkan rasa syukur.

M. Fadlillah (dua dari kiri) bersama rakan mereka melahirkan
rasa syukur.
"Syukur kepada Allah S.W.T. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang menyokong saya".

"Matlamat saya selepas ini ialah untuk berusaha menunaikan janji yang mana hari sabtu dan ahad ialah cuti umum bagi UPSI" ujarnya.

Sebanyak 198 kerusi daripada 20 IPTA telah dipertandingkan yang mana sebanyak 150 kerusi dilaporkan telah dimenangi ASPIRASI Mahasiswa sehingga lewat petang tadi.-PutrajayaOnline

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...