Halaman

Khamis, 6 September 2012

UPDATE MSK: HARI TERAKHIR TUN MAHATHIR BERI NASIHAT

Setelah bertungkus-lumus selama dua minggu akhirnya RSK boleh menarik nafas lega, Minggu Suai Kenal sesi 2012/2013 sudah pun melabuhkan tirainya pada jam 11.00 malam tadi. Jika semalam wartawan UPSIdaily melaporkan RSK sudah mula letih namun pada hari ini mereka kembali ceria dengan senyuman. Esok mahasiswa/i sudah boleh mula berehat dan  menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i yang lain. 

Dihari terakhir ini seramai 200 orang mahasiswa/i baru dipilih untuk menonton dialog Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia pada jam 2.30 petang di bangunan E-Learning UPSI. Dialog yang berlangsung selama 1 jam itu membincangkan isu-isu hangat semasa yang berkaitan dengan mahasiswa, politik serta wawasan 2020.

siswa/i berpusu-pusu ke Bangunan E-learning




 Tun Dr Mahathir atau Tun M banyak memberi nasihat kepada siswa/i baru berkenaan keputusan menentukan masa depan, beliau menyebut :

" masa depan setiap mahasiswa ini ditentukan oleh mereka sendiri, kalau keputusan yang diambil kurang bijak maka mereka akan menjad mangsa keputusan yang tidak bijak itu tadi" 

Selain itu beliau juga mengingatkan kepada siswa/i "Kalau nak masa depan yang lebih baik juga akan ditentukan oleh kita sendiri, dengan cara bagaimana menetukan masa depan yang baik ialah dengan pengusaan ilmu"

Bila ditanya oleh mahasiswa daripada Universiti Malaya berkaitan keterlibatan mahasiswa dalam politik beliau menjawab :

" Dalam satu hari kita mempunyai masa yang singkat, hanya 24 jam sehari, bila dipecahkan 8 jam untuk tidur hanya tinggal 16 jam, tolak masa makan, masa lain-lain hanya tinggal lebih kurang 8 jam sahaja, jika 8 jam ini diperuntukkan untuk belajar menguasai ilmu maka mahasiswa akan menjadi seorang yang berilmu, tetapi jika mahasiswa menggunakan masa tersebut untuk aktif berpolitik maka ilmu yang sepatutnya dikuasai, tidak dapat dikuasai oleh mereka dan ini merugikan mahasiswa itu sendiri " ujarnya. "Jadi untuk aktif berpolitik kita mesti mempunyai ilmu yang mencukupi" tambahnya lagi.

Begitulah nasihat yang dapat UPSIdaily petik daripada rakaman suara Negarawan ulung Malaysia. UPSIdaily berharap pihak penganjur dapat menayangkan semula video tersebut bagi untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia.

Siswa/i baru yang tidak terlibat dengan dialog dipertontonkan dengan filem Hati Malaya bagi membangkitkan rasa kecintaan terhadap negara.


Pada sebelah malam pula siswa/i baru beramah mesra bersama Y. Bhg Prof. Dr Rujhan Mustafa ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.



Selesai sahaja majlis ramah mesra itu maka berakhirlah MSK 2012/2013. UPSIdaily sempat menghubungi Pengarah MSK 2012/2013 saudara Muhammad Zafri Zabidin dan bertanyakan pandangan selepas selesai majlis tadi dan beliau menyatakan :

" saya berasa amat bersyukur sekali, apabila MSK dapat habis sepenuhnya dengan tanpa ada sebarang gangguan, segala-galanya berjalan lancar sekali" ujarnya. Beliau juga berkata :

 " saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, terutamanya RSK dan pegawai-pegawai HEP dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak  terima kasih kepada semua yang terlibat dan mohon maaf sekiranya ada kesilapan kesalahan dalam mengendalikan MSK kali ini "

Begitulah luahan daripada Pengarah MSK moga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. UPSIdaily mengucapkan SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua RSK yang terlibat.

_sekian liputan UPDATE MSK selama dua minggu_


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...